Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 10, 2010

Kuliah SR113 PLK Sem Dis 2009

Petang tadi saya mempunyai kelas sps233 bersama pelajar plk fsr. ini adalah kumpulan kedua yg mengambil kursus sps233 bersama saya. Saya memilih utk tidak mengajar sps233 kpd kumpulan kedua plk fsr. Saya inginkan sedikit masa hujung minggu utk saya.

Dan pada sem ini masa saya amat penuh dgn kuliah. Pada hari sabtu pagi, saya mempunyai kuliah sbg pelajar. Pada ahad pagi, saya mempunyai kuliah bersama pelajar epjj dan pada petangnya bersama pelajar plk. Rezeki saya utk sem ini.

Ramai yg ingin mengajar lebih drpd ATA minima. Ada yg sanggup mengajar walaupun kursus tidak pernah diambil sebagai pelajar. Masalahnya adalah kualiti pengajaran dan pembelajaran kpd pelajar. Sebagai pensyarah, kita mempunyai amanah utk berkongsi ilmu dgn pelajar. Rezeki yg diterima mestilah setimpal dgn usaha. Janganlah tiada ilmu dikongsi tetapi tuntutan dikejar.

Bagi pihak tertentu, tugas dan tanggungjawab ditolak ke tepi. Amanah tiada dlm kamus mereka. Yang pentinga adalah tuntutan. Mereka tidak mempedulikan sama ada rezeki diterima adalah halal atau sebaliknya. Saya akan tolak sesuatu tugasan jika saya rasa saya tidak akan mampu memberi yg terbaik.

Tiada ulasan: