Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 17, 2010

Derma atau Sedekah

Semasa saya mengisi minyak kereta di stesen minyak sek6 shah alam, saya lihat seorang budak perempuan belasan tahun(kot) sedang bergerak dr sebuah kereta ke sebuah kereta yg mengisi minyak di stesen itu. Sedang saya mengisi minyak, dia datang menghampiri saya.

'Derma pakcik utk sekolah anak yatim' kata beliau kpd saya. Saya tengok ke buku resit. Utk dpt resit dermanya rm10. saya bagitau saya sedekah kpdnya rm1. Beliau mengucapkan terima kasih kpd saya utk rm1 yg saya sedekahkan. Dan dia kemudian terus ke pengunjung2 lain di stesen minyak tersebut.

Say berasa hiba, sayu dan marah. Benarkah beliau memungut derma utk sekolah anak yatim yg sah? Atau beliau sebahagian drpd sindiket yg menggunakan belas ikhsan orangramai utk kutip duit? Allah Jua Yang Maha Mengetahui. Saya doakan beliau menjalankan tugas dgn ikhlas dan jujur.

Mereka yg tidak jujur tidak teragak2 utk mempergunakan pelbagai cara utk mendapatkan kekayaan, Mereka sanggup menipu. Jika terteangkap, mereka tidak insaf. Sebaliknya adakala org yg menangkap dimarahi. Mereka ini lupa kpd amanah memakmurkan dunia. Allah Jua Yang Maha Adil, Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Tiada ulasan: