Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 03, 2010

Ragam Kanak-kanak

Semalam kami sekeluarga terhibur dgn keletah anak sepupu saya yg berusia setahun semasa beliau dan kedua ibubapanya melawat nenek saya. Beliau turut ingin mengurut lengan nenek saya.Dan beliau seronok berlari2 di rumah makcik saya.

Tadi semasa saya hendak solat sebelum menaiki kapal terbang ke Terengganu timbul beberapa perasaan memerhatikan dua kanak2. Saya tak dapat anggarkan usia mereka dgn tepat. Saya rasa malu kerana solat solo sedangkan mereka solat berjemaah. Saya rasa bangga melihat siabang memberi tunjuk ajar sebelum solat. Dan saya rasa bangga kerana siabang menjadi imam kpd siadik.

Tahniah kpd keluarga yg mendidik dan menjaga anak2 dgn cemerlang. Anak2 mencerminkan kedua ibubapa dan ahli keluarga yg lain. Kanak2 adalah amanah Allah kpd kita. Seperti kata seorang pakcik, amat penting kita sebagai umat Islam menjaga rukun Islam dan rukun Iman.

Solat adalah tiang agama. Kalau tak tutup aurat, solat tak sah. Cara pemakaian mungkin mencerminkan didikan keluarga. Solat itu mudah, tapi kalau tak tutup aurat macam mana nak bersolat. Solat adalah rukun Islam kedua dan amat2 dituntut. Ianya antara perhitungan utama sebagai pemberat untuk kesejahteraan di akhhirat.

Tiada ulasan: