Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 15, 2013

Teguran dan Ingatan

semalam semasa berbual2 dgn seorang saudara yg juga rakan sekerja tertumpu kpd isu merokok. ada fatwa mengatakan merokok adalah haram di malaysia. tetapi tiada penguatkuasaan.

perbualan kami berkenaan rokok merujuk kpd saudara yg merokok selepas majlis pengkebumian ayahnya. ayahnya meninggal dunia akibat barah paru2 berpunca drpd merokok. maka saudara saya telah tegur saudara seorang lagi 'tak ingatkah bhw ayah meninggal kerana merokok?'. tiada respons drpd saudara seorang yg merokok tu.

saya juga ingat bagaimana pada sebelum majlis tahlil arwah pada malam sama, saya ditanya adakah saya seorang doktor. adik kpd arwah menyatakan bhw beliau tidak mahu ditegur berkaitan kesan merokok. saya diam dan senyum shj. beliau seterusnya merokok beramai2 bersama saudara lain yg enak merokok. saya beralih duduk di tempat lain.

teguran sbg ingatan dlm pelbagai cara. secara terus/langsung dan secara tidak terus/langsung. sebarang teguran utk jadi peringatan berguna perlukan penerima mempunyai ilmu utk mendapat manafaat.

Tiada ulasan: