Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 19, 2013

Subuh

Subuh adalah waktu solat wajib pertama setiap hari. Di kampung kita berpeluang mendengar kokokan ayam sebelum subuh. Ada surau atau masjid akan perdengarkan bacaan alquran sebelum subuh.

Subuh biasanya antara waktu solat yg amat besar cubaan utk mendirikannya. Ramai yg bangun sahur tetapi sambung tidur dan terlepas solat subuh. Ada yg di pagi raya akan solat raya tapi terlepas subuh sebab bangun lambat kerana malam raya lambat tidur bersiap2 utk raya.

Jika kita berupaya melalui antara ujian pertama setiap hari iaitu berupaya utk solat subuh, maka kita juga sebenarnya berjaya mendapat antara rezeki dan nikmat pertama setiap hari. Jom solat subuh. Jom kejutkan dan ajak mereka yg kita kasihi solat subuh.

Tiada ulasan: