Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 12, 2013

Puasa, Raya dan Masa

saya mengira kepantasan masa sekarang dengan ketibaan dan kepergian bulan2 ramdan dan syawal. 33tahun yg lepas kita beraya puasa pada bulan ogos.

pada tahun tersebut saya mengajak seorang kawan yg dikenali pada tahun tersebut 1980. beliau berasal dari sabah. baru2 ini pakcik ada meng'upload' gambar kami pada 1980 beraya di kg raja besut. saya sedang memegang adik bongsu saya sambil dua lagi adik saya berdiri di sebelah. seorang lagi adik tersembunyi drpd lensa kamera. 2 drpd adik saya telah berjaya sbg seorang doktor. saya dan seorang lagi adik tidak berjaya menjadi doktor perubatan.

begitu cepat 33tahun berlalu. bagi saya raya sekarang hanya sehari shj iaitu pada satu syawal. dan sekarang masih mengharap utk berupaya puasa 6 dlm bulan syawal. niat juga kalau mampu utk puasa setiap isnin dan khamis. semasa berpuasa terasa mempunyai banyak masa sebab bangkit awal utk bersahur. juga masa dijimatkan apabila tidak perlu keluar utk minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang.

manakala semasa beraya terasa masa amat sedikit. sebab asyik terkejar2 utk ke majlis hariraya saudara dan kenalan. saya bagitau ayah dan emak bhw saya rasa sekarang hanya terlarat ke sebuah rumah sehari utk beraya. ianyanya kerana usia yg ada kaitan dgn masa kita di dunia.

Tiada ulasan: