Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, April 18, 2011

Perancangan dan Pengurusan Kewangan

ianya antara kursus dicadangkan sebagai kursus wajib satu jam kredit kpd pelajar2 ipt oleh akpk. saya setuju.

tadi semasa menanti kereta diperiksa di workshop, saya berbual2 dgn pemilik dan seorang pelanggan. saya dibagitau bhw seorang kenalan telah bertukar tempat kerja kerana masalah kewangan. beliau tidak pandai menguruskan kewangan beliau. maka beliau dikhuatiri akan salahguna kuasanya dan menggunakan wang syarikat. jadi, utk kebaikan syarikat dan dirinya, beliau berhenti drpd bekerja di syarikat tersebut. manakala pelanggan pula bagitau bhw kawan2 anaknya membelanjakan ptptn utk satu sem/tahun(?) dlm masa 2 bulan shj. akibatnya, tiada wang utk urusan pengajian.

contoh2 spt ini biasa berlaku kpd pemilik2 perniagaan dan pelajar yg tidak pernah mendapat wang utk diuruskan dgn sendiri. tambah2 jika nilai adalah besar. dan ramai juga akan mudah tertipu jika ada wang yg banyak. ini biasa berlaku kpd pesara2 yg baru terima ganjaran setelah pencen. maka ini antara sebab utama saya sokong kursus perakaunan asas - penyata kewangan dan bajet diwajibkan kpd semua pelajar di ipt.

1 ulasan: