Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, April 13, 2011

Perlukah Murka

perlukah kita murka? ianya bergantung kpd keadaan. dan akal amatlah penting utk memastikan muka kita tidak berubah menjadi hitam kerana terlampau murka.

maka tidak perlulah keris dihunus daripada sarungnya. tidak perlulah lembing dijulang. tidak perlulah parang dan golok dilibas. tidak perlulah kapak siam dibaling2. tidak perlulah hulubalang2 bersedia utk mengamuk. tidak perlulah panglima2 bersedia utk berperang.

tapi ada kalanya, sipengiring2 dan pengawal2 terlebih dahulu latahnya drpd paduka. mereka akan berang kerana mempertahankan maruah paduka. sabarlah duhai yg setia. ambillah wuduk dan bersolat sunat, berdoalah kepada Yang Maha Esa. sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Mengasihani hambaNya.

berdoalah kpdNya utk dijauhi drpd dizalimi dan dianiayai oleh hamba2Nya. sesungguhNya tiada yang upaya melainkanNya.

Tiada ulasan: