Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, April 18, 2011

Rancangan dan Pelaksanaan

jadual saya hari ini penuh dgn mesyuarat/perjumpaan. pagi di fakulti. 3ptg di fakulti. 4ptg di jim. 5ptg kembali di fakulti bersama pelajar2 srw655 utk draf akhir.

tapi kita merancang Allah menentukan. seelok2 aje saya lepasi pos pengawal dekat rumah saya, enjin kereta saya mati. walau dicuba berkali2, enjin tetap tak nak hidup. apabila mekanik yg saya panggil datang, dia bgtau bukan masalah bateri tetapi enjin. saya balik ke rumah dahulu menunggu 'towtruck' aam. setelah towtruck sampai, saya ikut ke workshop. pada mulanya bos workshop bgtau hari ni boleh siap. tetapi setelah 1jam lebih tunggu. kereta terpaksa diwadkan sekurang2nya sehari.

maka saya maklumkan kpd yg patut dimaklumkan yg saya tak dpt ke pejabat hari ini. saya terpaksa cuti. mungkin ini doa saya dikabulkan kerana saya telah berangan2 utk rehat hari ini kerana penat berseminar pada hari sabtu dan temuduga fsr pada hari ahad?

walau bagaimana pun, alhamdulillah, kereta meragam dekat rumah, bukan dlm kesesakan jalanraya, dan saya dibolehkan berehat pada hari ini.

1 ulasan:

nur berkata...

Masa mula2 Ce Bad masuk sni pun EL sbb keta problem gak...keta tu dh kena tukar kot