Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Oktober 08, 2010

Insolvensi dan Bankrup

seseorang akan menjadi bankrup apabila diminta oleh sipemiutangnya (creditor) kpd mahkamah utk mengistiharkan seorang itu sbg bankrup atau muflis. permintaan oleh creditor selalunya kerana seseorang itu tidak dapat menjelaskan hutang kpd creditor.

bukan senang jadi seorang bankrup. dia payah mendapat kerja. bakal majikan kurang yakin dgn kebolehan mengurus kewangan seorang bankrup. sebab punca utama seorang menjadi bankrup adalah kerana tidak pandai menguruskan kewangannya. jadi, kalau kita seorang bankrup, kita tiada duit utk hidup, dan tiada sumber utk dpt duit utk hidup. bagaimana seorang bankrup akan hidup?

punca lain menjadi bankrup adalah apabila kita menjadi seorang penjamin. apabila mereka yg kita jamin tak dpt jelaskan hutangnya, maka sipemiutang/creditor datang cari penjamin. apabila penjamin tak boleh bayar hutang anak jaminnya, penjamin pula tanggung beban sehingga boleh diistiharkan sbg seorang bankrup. inilah antar sebab saya kuranmg minat jadi penjamin kewangan kecuali kpd mereka yg saya sangat2 percayai.

2 ulasan:

Insolvensi Kenyalang berkata...

Salam,

Pada hemat saya tidak salah seseorang membuat pinjaman atau menjadi penjamin.

Namun begitu, apa yang penting ialah seseorang itu hendaklah menguruskan hutang mereka dengan baik. Bagi penjamin pula, perlulah sentiasa berhubung dengan peminjam utama kerana liabiliti seseorang penjamin itu adalah sama dengan peminjamnya.

Sekiranya seseorang itu rasa sudah tidak mampu lagi untuk membayar hutang mereka kepada pemiutang atas sebab-sebab tertentu maka penjelasan kepada pemiutang atau perbincangan bersama mereka adalah mustahak. Berkemungkinan pemiutang tersebut akan berkompromi dengan mencadangkan cara pembayaran yang lain. Jangan sesekali lari dari hutang dan tukar alamat tanpa memaklumkan pemiutang ini.

Ini kerana pemiutang mungkin mengambil tindakan prosiding kebankrapan terhadap peminjam/penjamin sekiranya masih belum menjelaskan hutang yang melebihi RM30 ribu. Peminjam/penjamin tidak akan sedar perkara ini sekiranya lari dan tukar alamat tanpa memaklumkan dahulu kepada pemiutang. Peminjam/penjamin masih mempunyai masa untuk tidak dibankrapkan ketika prosiding kebankrapan. Ini dengan membayar ketika notis kebankrapan disampaikan/berbincang bersama pemiutang sebelum dibankrapkan/menjelaskan kepada mahkamah ketika petisyen kebankrapan dijalankan.

Di sini para peminjam/penjamin harus peka terhadap tindakan yang diambil oleh pemiutang terhadap diri mereka. Jangan takut kepada mahkamah sekiranya anda dipanggil untuk prosiding kebankrapan kerana kuasa untuk membankrapkan seseorang itu terletak di bahu mahkamah dan oleh kerana itu peminjam/penjamin harus memaklumkan kepada mahkamah berkenaan masalah hutang mereka.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah pengakhiran hidup seseorang sekiranya dibankrapkan.

Ini kerana Jabatan Insolvensi Malaysia akan membantu sibankrap ini untuk menyelesaikan hutang dengan pemiutang dan seterusnya dilepaskan dari kebankrapan.

Apa yang penting di sini ialah sekiranya seseorang mempunyai masalah dengan hutang/dalam prosiding kebankrapan/sudah dibankrapkan, jangan sesekali lari dari masalah ini. Hubungi pihak-pihak terbabit dan beri kerjasama yang sewajarnya!

cebad berkata...

terima kasih utk ulasan tuan/puan. saya bercadang mengambil phd yg dpt membantu mengurangkan bilangan mereka yg bankrup kerana kurang ilmu berkaitan punca2 bankrup. mungkin saya boleh hubungi tuan/puan?