Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 03, 2011

Perlukah Beraya Sakan

ramai sudah bersedia utk beraya. ramai yg sudah ada berhelai2 pakaian utk sambut raya. dan ramai juga yg sudah tempah pelbagai kuih utk raikan tetamu.

tiap tahun cerita sama. akan ada yg sewa kereta utk dibawa balik ke kampung. akan ada juga yg beli kereta baru utk raya. alasan, raya sekali shj setahun. perabut ditukar. tirai2 tingkap ditukar. memang belanja sakan. akan ada yg ke pajak gadai utk menggadaikan barangan kemas utk membolehkan berbelanja utk raya. dan ada yg tebus barangan kemas di pajak gadai utk bergemerlapan pada hari raya.

pakaian spt fesyen show. berkilauan. kalau baju tak cukup kilau, akan ditambah dgn perhiasan. malah muka akan diconteng rambut2 diletak bahan berkilau. sudah lupa akan tujuan raya. maka ramai menggunakan raya nanti utk menunjuk2. berbeza dgn tujuan puasa dan tujuan raya selepas puasa. berjimatlah perbelanjaan utk hidup di dunia, berboroslah dgn ibadah utk kehidupan di akhirat.

Tiada ulasan: