Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 08, 2011

Kayo Dooh

kayo dooh atau dlm bahasa melayunya bermaksud terlampau kaya. terjemahan bahasa inggeris adalah extremely rich.

bukan saya la. selalunya orang kaya dooh ni dikatakan punya kereta besar dan mahal. punya rumah besar macam istana. biasa makan pagi, tengahari dan malam di hotel dan restoran mahal. bercuti ke luar negara. dan macam2 lagi yg saya bukan.

tetapi definisi kaya berbeza pada orang. bg seorang sepupu saya seorang yg kaya mempunyai pintu pagar ebrukir dan bercat emas. seorang sepupu lagi pada suatu masa dulu mengandaikan seorang yg kaya adalah seorang datuk dan memberi duit raya 10x nilai diberi oleh orang ramai.

apakah kaya kpd saya? sihat tubuh badan. boleh makan utk mengenyangkan. boleh berkongsi makan dgn orang lain. boleh memenuhi keperluan ibubapa. ada kereta yg dah habis bayar. tiada hutang besar yg membebankan pada setiap hujung bulan. dapat menikmati keindahan alam. dapat mengsyukuri nikmat Allah. anda bagaimana?

Tiada ulasan: