Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 22, 2011

Cubaan

cubaan. ujian. dugaan. prof kamil bertanya kpd pembaca blognya 'apakah ujian terbesar pernah mereka hadapi'. ramai yg menjawab - sakit, miskin, dan pelbagai perkara yg dianggap negatif. prof kamil memaklumkan mengikut pemahaman beliau ujian adalah seperti kekayaan, kelebihan, jawatan tinggi dsbnya yg positif. ianya dikira sbg ujian kerana Allah ingin melihat sama ada hambaNya bersyukur kpdNya dgn setiap rahmat yg diberiNya.

ianya satu yg menarik. sebenarnya kita sentiasa diingatkan sedemikian dlm alquran. tapi kita cepat lupa. apabila sakit kita akan ingat Allah. apabila susah kita ingat Allah. apabila miskin kita ingat Allah. kita lebih ingat kpd Allah apabila kita berada dlm keadaan negatif. sepatutnya kita sentiasa mengingati Allah dlm keadaan negatif dan positif.

saya pun termasuk dlm golongan ramai. mudah lupa bersyukur kpd nikmat Allah. tetapi apabila berjumpa dgn mereka yg lebih susah, ianya peringatan kpd saya. janganlah kita irihati dgn mereka yg berjawatan tinggi drpd kita, yg kaya drpd kita, dsbnya. mereka mempunyai tanggungjawab yg lebih berat utk menjelaskan bagaimana mereka memperolehi kelebihan tersebut dan bagaimana mereka gunakan kelebihan tersebut. sentiasalah berpesan2 dgn kebaikan dan dgn penuh kesabaran.

Tiada ulasan: