Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 07, 2011

Sahur dan Puasa

sahur seumpama sarapan pagi. sarapan pagi dlm bahasa inggeris adalah breakfast. tetapi breakfast dlm bulan puasa bermakna berbuka puasa. bingung?

berbuka puasa adalah antara lainnya makan pertama setelah lama tidak makan. jadi kebiasaan kita berpuasa daripada makan masa tidur. maka kebiasaan kita tak makan paling lama antara 6-8jam iaitu semasa kita tidur. pada siang hari kita biasanya sarapan pagi pada jam 8pagi. kemudiannya makan tengahari pada jam 1 tgh (setelah 5jam sarapan), tetapi ada yg pi coffee break antara sarapan dan makan tghari.

kemudiannya makan malam pd jam 7 atau 8 malam. kebiasaan ada tea break diantaranya. dan ada yg sebelum tidur ada supper dulu. maka secara purata bolehlah kita andaikan kebiasaan dlm sehari ada yg makan selang setiap 3 jam - 8pg,10.30pg, 1.30tgh, 4ptg, 7mlm dan 10mlm. dan kita biasanya minum sebelu tidur. ini menjadikan antara 10mlm dan 8pg waktu puasa biasa kita iaitu 10jam.

tetapi dugaan pada bulan puasa adalah menahan diri drpd makan dan minum yg sebenarnya. sahur pada jam 5.30pg dan berbuka pd 7.30mlm (14jam puasa)pada waktu ini di malaysia. memang benarlah makna break fast pada waktu maghrib. pada bulan puasa, kita biasanya minum atau makan sebelum tidur pd jam 12tgh (puasa makan 4jam selepas berbuka dan 5jam sebelum sahur).

ini membuatkan sahur amat penting kpd kita. ianya sumber tenaga utk kita menjalani hari yg mendatang. soalannya, juadah sahur atau berbuka lebih penting? juadah sahur atau berbuka lebih baik banyak kita makan? sahur tadi saya cuma makan cornflake semangkuk dan roti bakar 3keping. insyaallah cukup utk saya lalui puasa hari ini.

Tiada ulasan: