Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Jun 13, 2012

Terima Kasih LZS, Terima Kasih Pembayar Zakat


pagi tadi saya bersama pengarah kebajikan fsr dan krew ke kuala langat. ianya sebagai lawatan tinjauan untuk dua program khidmat masyarakat fsr yg bakal diadakan pada bulan julai dan ogos.

sebelum ke tapak lawatan, kami singgah di pejabat2 berkaitan utk menyerahkan surat memaklumkan program yg bakal diadakan. seterusnya kami ke tapak rumah yg dibina dgn bantuan lembaga zakat selangor. kami disambut oleh bakal puan rumah. walau pun kekurangan kekayaan dunia tetapi beliau kaya dgn kemahiran insaniah iaitu beliau cepat2 menyediakan minuman utk kami. sekejap kemudian pegawai lzs dan bakal tuan rumah sampai. nenek berusia 84tahun iaitu ibu kepada puan rumah dan mertua kpd tuan rumah turut meraikan kami. kami turut dihidang dgn buah rambutan yg disedekahkan oleh orang kampung.

seterusnya kami melawat rumah anak yatim yg akan fsr raikan dlm majlis berbuka puasa pada 3ogos. 2 buah rumah kecil menjadi pelindung kpd 52anak yatim/miskin. tanah adalah milik arwah bapa kpd penjaga rumah anak yatim. memang banyak organisasi yg mengadakan program untuk membantu kehidupan anak2 yatim di rumah ini. saya bertanya kpd penjaga rumah apakah yg sesuai utk disedekahkan kpd rumah tersebut. jawab beliau ''lebih baik disededahkan duit tunai utk mudah dibelanjakan'. beras yg berlebihan akan menyebabkan beras jadi rosak sebelum sempat dijadikan nasi. pakaian mungkin tidak sesuai atau muat dgn anak2 yatim.

bagi yg berminat nak beramal jariah sama ada kpd keluarga miskin atau anak yatim/miskin, sila hubungi fakulti sains sukan dan rekreasi tel-03-5544-2904/05/07/12 atau 03-5543-7809 atau faksimili 03-5544-2910.

Tiada ulasan: