Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Jun 25, 2012

Berkira dan Mengira

berkira dan mengira adalah perkara biasa. adakala kita kata kita congok2.

bagus sebenarnya berkira. maka kita akan mudah nak menilaikan prestasi kita. berkira berbentuk objektif. bukannya subjektif iaitu ikut suka dan rasa aje. maka dengan berkira senang kita tentukan prestasi adalah cemerlang atau lain2.

tapi kita bukan perfect. kiraan tak akan tepat. ada masanya kiraan kita tak adil. dan kiraan yg tak adil selalunya untuk memberi kelebihan kpd kita. hanya Allah yang maha adil. berkira tentang kerja bukan suatu yang mudah. maka ditetapkan objektif untuk dicapai. di sektor kerajaan kita gunakan skt - sasaran kerja tahunan. cuma penilaian masih lagi subjektif. maka susah juga la untuk kiraan yg adil dan tepat.

skt ditetapkan berdasarkan banyak perkara. skt orang bawah selalunya berdasarkan skt bos. sbg pensyarah akan punyai ramai bos. andaian macam bos adalah tangan di atas iaitu arahan sebanyak 10jari. dan orang bawah adalah tangan dibawah iaitu seorang menerima 10objektif. kalau bernasib baik 10skt drpd 1bos. tapi seorang pensyarah ramai bos. bermula drpd nc, 4tnc, pnc, dekan, td dan lain2. utk senang kira ambil balik tangan di atas tadila. setiap skt adalah tekanan. jika kitatidak pandai menangani tekanan2 ini, ianya boleh menyebabkan kita burnout atau teruk lagi kena 'belaian' negatif (stroke lah).

maka amatlah penting untuk berkira dlm buat kerja. kalau banyak sangat kerja dalam masa terhad boleh patah belakang unta (the straw that broke the camel's back). dan kita juga boleh kena angin ahmar jika orang bawah kurang buat kerja. memang jadi orang di tengah susah. tekanan dari atas dan bawah, dan juga drpd kawan/lawan sama aras. jadi..berdoalah kpd yang maha berkuasa. tekanan drpd hamba2nya hanyalah dugaan dan ujian hidup.

Tiada ulasan: