Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Februari 19, 2010

Seminggu Demi Seminggu

Semester ini begitu cepat berlalu. Sekarang dah nak masuk minggu ke lapan. Tinggal lagi 7 minggu kuliah utk sem ini.

Satu hari berlalu bagai kilat. Seminggu disedari apabila jumaat muncul kembali. Sem ini saya bertugas bagai 7 hari seminggu. Sabtu dan ahad kebiasaan di pejabat atau kuliah. Cuma pada ahad lepas aje tiada sebarang tugas kerana cuti tahun baru cina. Hari ini keluar pejabat lepas jam 9malam. itupun rasa masih banyak kerja yg tak selesai lagi.

Saya tak ingat ayat2 berikut adalah hadith atau ayat al-quran. Yang tahu sila ingatkan saya. 'bekerjalah seolah2 kamu akan hidup selama2nya. beribadatlah seolah2 kamu akan mati esok hari'. Tapi ramai orang sekarang lakukan sebaliknya, 'bekerja sekejap tapi nak kaya, dan tidak beribadat atau tangguh beribadat kerana rasa mati itu lambat lagi atau lupa kpd Allah kerana lupa bhw diri ini akan kembali kpdNya dan akan dipersoalkan bagaimana kita gunakan masa di dunia'.

'Demi masa...' Surah Al Asr'. Sentiasalah kita saling mengingati utk kebaikan bersama, dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: