Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Februari 14, 2010

Peluang di UiTM

Di kampus puncak alam, YAB PM meminta uitm memastikan setiap tahun seramai 5,000 pelajar miskin dan anak yatim mendapat tempat belajar di uitm. Saya sebolehnya cuba memberi peluang kepada anak yatim dan miskin belajar di FSR.

Setiap kali sesi temuduga, saya akan bertanyakan latar belakang calon. Berapa ramaikah daripada adik-beradiknya yg sedang atau telah belajar di IPT. Saya akan tanya latar belakang orang tuanya. Apakah pekerjaan mereka? Berapakah pendapatan bulanan mereka? Calon tinggal dgn siapa? Ramai diantara calon2 yg saya sokong adalah mereka yg terdiri daripada anak yatim dan/atau drpd keluarga miskin. Tanyalah kpd pelajar dan bekas pelajar saya.

UiTM memberi peluang kpd mereka yg ingin meningkatkan tahap kehidupan mereka melalui ilmu yg akan didapati di UiTM. Maka para pelajar gunakanlag sebaik mungkin. Ikhlas dan jujur semasa berada di UiTM. Jangan lupa tanggungjawab agama iaitu solat. Yang Maha Penentu adalah Allah sahaja.

Saya dimaklumkan ada yg memohon tugas dgn memberi sogokan. Betulkah? Jika betul, baiklah keluar drpd organisasi. Jika anda perlu bg sogokan utk dpt kerja, maka ianya bermakna anda tidak layak bekerja di organisasi berkenaan. Halalkah rezeki yg didapati drpd organisasi itu? Alasan utk memberi makan pasangan dan anak2 serta membayar hutang bukanlah alasan yg boleh diterima di mahkamah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Tiada ulasan: