Pagi tadi saya makan nasi lemak bungkus berharga RM1 satu. Saya makan dua bungkus.
Teringat semasa belajar di sekolah rendah. Harga sebungkus nasi lemak tanpa 1/4telur rebus adalah 10sen. Kalau ada 1/4 telur rebus harganya 20sen sebungkus. Saya diberi wang saku 30sen sehari. masa tu, harga coca-cola 30sen sebotol.
Saya tak tahu berapakah wang saku murid2 sekolah sekarang. Tetapi jika harga nasi lemak 20sen dah jadi RM1, sekurang2nya wang saku adalah RM1.50. Betulke?
1 ulasan:
Kamilia masa baru masuk Darjah 1, ak reti membelanjakan duit. RM2 yang diberi pasti ada baki RM1 untuk dimasukkan ke dalam tabung. Sekarang... terlebih belanja.
Catat Ulasan