Saya bercadang nak masukkan dlm blog tajuk ni sebelum waktu rehat tengahari tadi. Tapi terlupa kerana hal2 lain.
Setelah makan tengahari, ada sedikit perbincangan. Antaranya, bagaimana seseorang nak jadi pemimpin jika tiada yg sudi dipimpin oleh yg berkenaan? Kalau tak ada pengikut, mana boleh jadi pemimpin. Pemimpin perlu pimpin dari depan. Tiada yg pimpin dari belakang atau tepi. Ataupun hanya pimpin dgn mengarah sahaja.
Pengiktirafan sbg pemimpin dilihat bila pengikut mengiktiraf kita. Begitu juga sebagai pendidik, pengiktirafan oleh yg kita didik adalah amat penting. Kita tak boleh iktiraf diri kita sendiri. Who are you???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan