Ramai suka bergaya. Tidak kira miskin atau kaya.
Ada yang bergaya kerana ingin menyamar kaya. Maka keinginan untuk mendapat pelbagai perkara supaya dihormati kerana ada barang boleh digayakan. Maka ada yang sanggup melakukan pelbagai 'usaha' untuk dihormati kerana nampak kaya. Apakah yang cuba diajar kepada masyarakat? Hormat kepada benda atau kejujuran?
Sekali sekala best jugak dapat bergaya. Contohnya, dapat bawa kereta sport. Kemudian sedar bahawa gaya itu akan boleh buat kita jadi gila. Kerana kita sebenarnya tidak mampu atau layak membazir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan