Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Disember 21, 2010

Selasa Malam: Futsal

itulah agenda yg telah ditetapkan oleh sahabat2 sekolah menengah. dan sudah 5tahun kami tetapkan jadual ini. maknanya sudah 5tahun kami jadikan selasa malam rabu utk berjumpa sambil mengeratkan persahabatan yg bermula pada 1980.

tadi, setelah beberapa minggu/bulan, saya hadir ke gelanggang futsal. hanya 3 drpd 4 adik beradik saya yg hadir. yg ke4 masih jauh di luar negara. jika kami berempat hadir, selalunya kami dpt diskaun, bayar utk 3shj, yg keempat diberi permainan percuma. ianya satu cara utk menggalakkan kami berempat hadir dan meramaikan bilangan pemain dan membolehkan permainan dlm suasan yg kurang membebankan kami yg sudah menghampiri setengah abad.

telah beberapa minggu, pasukan saya bermain bersama pasukan adik saya. pasukan adik saya 10tahun lebih muda drpd usia pasukan saya. pasukan saya pernah bertanding lawan pasukan adik saya. saya tak ingat sama ada kami menang atau kalah. tetapi melihat pemain2 pasukan muda tadi, saya teringat kehebatan mereka.

saya tidak bermain tadi. saya hanya perhatikan drpd luar gelanggang. dan apabila seorang pemain pasukan muda keluar gelanggang, saya sempat berborak2 dgnnya. melihat lutut berbalut dan cara berjalan yg menunjukkan beliau dlm kesakitan, saya minta adik saya memeriksanya setelah tamat permainan. alhamdulillah, tiada kecederaan serius.

Tiada ulasan: