Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Disember 05, 2010

Pengiktirafan

semalam saya ke majlis makan malam tahunan bekas pelajar sekolah menengah saya. walau pun bekas pelajar adalah ramai, bilangan yg hadir adalah hanya sebahagian kecil shj. ini kerana saiz tempat majlis diadakan menjadi kekangan utama.

saya ke sana memenuhi undangan seorang datuk saudara. saya hadir bersama ayah dan adik saya. kami semua bekas pelajar sekolah tersebut. sebenarnya dlm keluarga saya ramai adalah bekas pelajar sekolah tersebut.2 drpd 4 adik beradik ayah. seorang sepupu ayah. 3 datuk saudara/sepupu. 2 pakcik di sebelah emak. dan ramai lagi.

sudah lama ayah tak hadir ke majlis seperti semalam. dan semalam kami duduk di meja bersama2 batch tok saudara saya, tok yak. kawn2 tok yak masih ingat ayah saya, senior mereka. mereka perkenalkan beliau sebagai hussein, footballer. ayah mendapat 'colours' utk sukan pada tahun pertama di sekolah tersebut. beliau bermain sebagai 'right winger'. saya akui, saya amat jauh ke bawah jika dibandingkan kebolehan bermain bolasepak berbanding kebolehan ayah.

pada majlis yg sama, 2 bekas guru sekolah diberi penghormatan sbg 'murid tua kehormat'. mereka adalah bukan melayu. tetapi jasa mereka kpd pelajar melayu amat tinggi dan berkesan. saya cuma sempat belajar dgn cikgu amirthalingam. beliau berkhidmat selamat 33tahun di mckk. beliau menolak tawaran kenaikan pangkat kerana ingin terus berkhidmat di mckk. terima kasih cikgu amirthalingam.

Tiada ulasan: