Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, November 18, 2010

Oghe Samo

oghe samo bermaksud orang yg sama. bukannya orang samoa, walau pun mungkin ada di antara kami yg mirip orang samoa.

ayat penuh adalah,'oghe samo jah, tepak jah lain'. maksudnya 'orang sama aje, yg berbeza hanyalah tempat'. ungkapan orang putih adalah 'same faces, different places'. ini telah saya nyatakan semasa sambutan aidil fitri yg dulu. dan ianya berlaku apabila keluarga berkumpul utk keraian atau majlis. dan keraian kali ini adalah hari raya korban. kita akan berjumpa muka2 yg sama dan bersalaman dgn tangan2 yg sama iaitu saudara mara yg sama tapi di rumah2 berbeza.

walau pun pada raya kali ini, lebih banyak rumah mengadakan makan2 pada satu hari yg sama berbanding raya puasa, saya dan adik2 hanya sempat ke 4buah rumah. dan memang ada ahli keluarga yg berkecil hati kerana tidak ke rumah mereka semalam. bukan tidak sudi, tapi masa terhad dan ruang dlm perut dah tahap maksima isinya.

itulah antara nikmat berhari raya. dpt berjumpa dgn kaum keluarga yg ada diantaranya jarang2 dpt kita jumpa kerana sibuk bekerja. itulah juga ungkapan nenek saudara kpd saya semalam, 'baru nampak, lama dah tak nampak sebab sibuk kerja'. dan kita perlu maksimakan masa yg ada kerana masa kita bersama keluarga amatlah terhad.

Tiada ulasan: