Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, November 29, 2010

WIP - Integriti

itulah akronim utk 3 elemen utk menjadikan para akademia berbudaya cemerlang. w-wibawa, i-integriti, dan p-profesionalisma.

seorang nc bercerita pengalaman beliau bertanya kpd seorang profesor cara utk berintegriti. beliau meminta diberitahu nama buku yg mampu menjadikan seorang berintegriti, terutamanya seorang staf akademik. maka profesor tersebut telah memberi satu bungkusan yg mengandungi buku yg bercerita bagaiman utk berintegriti. pesan profesor tersebut kpd nc yg bercerita, 'buka bungkusan apabila anda dlm penerbangan'.

nc tersebut mengikut arahan profesor. setelah kapalterbang berlepas, maka nc pun membuka bungkusan dgn harapan yg tinggi utk mengetahui buku yg mampu memberitahu seseorang cara utk berintegriti. setelah bungkusan dibuka, nc mendapati bhw buku yg dimaksudkan profesor kenalannya adalah sebuah kitab alquran. maka sbg umat islam,kita sebenarnya beruntung krn alquran mengandungi segala rujukan utk kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. bacalah. amalkanlah.

Tiada ulasan: