Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, November 11, 2010

Berniaga dan Berjaya

md mydin dijemput utk berkongsi rahsia atau petua utk berjaya sbg seorang usahawan. beliau banyak menerima anugerah yg mengiktirafkan kejayaan beliau.

beliau berkongsi cara berjaya dlm dunia peruncitan. bukannya mudah. pukul 7 dah di pejabat. pukul 11 baru nak balik ke rumah. hujung minggu khas utk keluarga. beliau tidak bermain golf. ianya akan membuat beliau hilang fokus dlm berniaga. komitmen mestilah tinggi. dan perlu pasukan yg membantu menjayakan matlamat organisasi.

saya teringat kpd arwah datuk saya yg berniaga kedai runcit. ianya terletak di depan rumah di kampung. kedai hanya ditutup pada hujung minggu shj. malam raya kedai masih dibuka. beliau akan cari anak2 atau cucu (saya) membantunya menjaga kedainya apabila beliau hendak solat 5waktu. jika tiada pengganti menjaga kedai, beliau akan tutup kedai utk sementara.

dan saya teringat bagaimana kurang ilmu dan pengalaman, kami percaya bulat2 kpd seorang yg datang membeli baju hujan. beliau bgtau yg beliau tiada duit utk bayar sekarang kerana alasannya saya tak ingat. beliau bgtau bhw beliau akan bayar kemudian. kami percaya. takminta nama. tak catit apa2 pun. dan seingat saya debtor tu tak bayar utk baju hujannya. kami, iaitu saya dan pakcik (skrg seorang doktor) ditegur oleh datuk.

jika debtor tu masih berhutang (minima 30tahun lepas) saya harap beliau bayarlah hutang tersebut kpd kami atau jumpa kami. bukan sebab nilai hutang tetapi nanti datuk akan tuntut di akhirat. dan pencatit sebenarnya sentiasa ada, malaikat di kiri dan kanan kita.

Tiada ulasan: