Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, November 22, 2010

Integriti dan Ilmu

selepas peperiksaan akhir maka akan berlangsung pula peperiksaan lain. ianya utk menilai sama ada pelajar dituduh melakukan kesalahan mengikut akta 174 adalah bersalah atau sebaliknya.

ada pelajar semasa ditangkap semasa melakukan peperiksaan akan mengaku bersalah dan menandatangani borang pertuduhan. dan semasa perbicaraan pelajar akan terus mengaku bersalah setelah tuduhan dibaca. ini menjimatkan masa dan kos kpd uitm. hukuman sama ada denda, digantung pengajian, gagal kursus diduduki, dibuang drpd uitm.

ada pelajar semasa ditangkap akan mengaku tidak bersalah. ada yg menyatakan bhw beliau tidak meniru. ada yg mengatakan beliau dianiaya. pernah saya hadir dlm perbicaraan, pelajar menyatakan bhw mungkin pensyarah yg menganiayakan pelajar.

semasa peperiksaan, pelajar yg kerap ke tandas atau lama ke tandas disyakki akan berlaku tidak jujur. saya akan menulis komen pada mukasurat pelajar spt,'semasa ke tandas, tiada jawapan utk kesemua soalan'. dan saya akan terangkan maksudnya kpd pelajar yg bertanya.

sedih dan kecewa apabila pelajar tidak jujur dlm mendapatkan skrol atau kelayakan akademik. mereka tidak faham bhw peperiksaan adalah penilaian tahap ilmu yg ada dlm diri mereka. ramai yg inginkan keputusan lulus atau anugerah dekan utk kerja. mereka ketepikan soal cara mendapatkannya adalah tidak halal. dan lebih sedih jika pelajar yg sedang bekerja tanpa segan silu mencemarkan nama organisasi dgn tingkahlaku mereka ini. sama ada drpd organisasi beruniform atau lain2, integriti adalah penting.

penghormatan kpd ilmu yg didapati secara halal. begitu juga penghormatan adalah kpd ilmu yg diberi secara jujur dan ikhlas serta halal. sama ada pelajar, graduan atau pensyarah, integriti sangat berkait dgn ilmu. sila letak jawatan sebelum anda dipecat.

Tiada ulasan: