Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, November 01, 2010

Sungai Tembeling Sebagai Pengubat Burnout

pada 30 dan 31 okt saya bertugas di kg kuala tahan. saya menaiki bot sehingga ke kuala keniam, stesen penyelidikan uitm. begitu berbeza keadaannya berbanding pada mula2 uitm dicadangkan oleh perhilitan utk menguruskannya. kawasan krs amat bersih sekali.

musim hujan belum lagi bermula. tetapi dianggarkan akan bermula pada bulan november ini. di kg pagi, saya lihat bekalan makanan dsbnya utk musim banjir telah mula tiba. kali ini dihantar lebih awal drpd biasa melalui bot. semasa banjir, bekalan dihantar melalui helikopter.

semasa menyusuri sungai tembeling dari kuala tahan ke kuala keniam dan balik ke kuala tahan, saya seronok mengambil gambar. suasana hijau pokok2 menenangkan penglihatan. bunyi air yg mengalir, dan ianya lebih kuat ketika di jeram turut menenangkan diri. perasaan penat dgn kerenah pelbagai tingkahlaku manusia di pejabat terubat dgn suasana di sepanjang sungai tembeling dan kg kuala tahan. mungkin inilah antara sebabnya saya seronok dan berulangkali ke taman negara. subhannallah, alhamdulillah dan allahu akhbar.

Tiada ulasan: