Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, November 15, 2010

MPH dan Dunia Buku

saya berada di mph midvalley selepas memilih buku utk fsr di ibfim. ianya kali pertama saya di midvalley.

memang banyak buku di mph mv. saya berasa seperti berada di 'seventh heaven'. saya memilih ke bahagian sport utk buat pilihan pertama. saya memilih buku teks dan rujukan. saya juga memilih buku am berkaitan sukan. saya turut memilih buku2 berkaitan kejayaan ahli2 sukan. saya harap pelajar fsr akan membaca buku2 pilihan saya.

seterusnya saya ke bahagian 'business' dan 'accounting'. banyak juga saya pilih buku2 di bahagian ini. dan saya terserempak dgn wakil kastam yg juga sedang memilih buku utk perpustakaannya. kami berkongsi tajuk2 buku berkaitan penipuan dlm perakaunan. ada buku yg telah saya pilih dan belum dipilihnya saya syorkan utk dibeli oleh pihak kastam. begitu juga sebaliknya.

bahagian terakhir saya buat pilihan adalah di bhgian psikologi. saya memilih buku2 psikologi dan kaunseling. kami terpaksa berhenti sebelum 'traffic jam' bermula. kami sampai di shah alam elok2 dgn hujan bermula. terima kasih kpd yg sudi membawa saya utk mencari dan menambah ilmu kpd para warga fsr dan uitm. insyaallah, saya bersedia bertugas spt tadi. anggaran pilihan saya bernilai rm50,000 pd hari ini di mph.

Tiada ulasan: