Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, November 25, 2010

Kita Merancang

kita mampu merancang. kita mampu berusaha. keputusan hanya di tangan Allah.

semalam 2kali saya kiwi kasut hitam saya. sebaik shj balik drpd uitm. dan sebelum tidur. pagi tadi sebelum turun ke kereta, saya kiwi bhgian depan. kasut ni saya jarang2 pakai. hanya utk majlis2 khas shj. walaupun dah hampir berusia 2tahun, tag harga masih lagi terlekat pada tapak kasut.

dgn penuh semangat saya melangkah ke tingkat 5 hep utk memakai jubah, hud dan mortar board saya. setiba di tingkat 5, sebaik shj saya mengangkat kaki kiri utk langkah seterusnya, saya terdengar 'praap'. alamak, tapak kasut kiri saya tertanggal. jam 7.30pagi. kawan di pejabat di pusat kerjaya dan kaunseling masih belum sampai ke pejabat. saya melangkah ke bilik air dan sms kpd encik din,kaunselor dan penasihat bersama peers. beliau balas, 'belum sampai pejabat lagi, ada kasut spare di bilik saya,minta par tolong buka pintu'.

saya ke pejabat am pkk, tiada par, tetapi ada kaunselor en rosdi. alhamdulillah, saya pinjam kasutnya. tapi longgar. setelah saya pakai jubah, hud, dan mortar board saya keluar dr pejbat pkk. saya terserempak dgn pak su, timbalan ketua kerjaya. alhamdulillah, saya dpt pinjam kasutnya. ianya lebih padan dgn kaki saya.

kaunseling banyak membantu saya utk tidak panik dlm kecemasan.dan sekali lagi staf pkk membantu saya dlm keadaan kecemasan dan mendesak. alhamdulillah, tapak kasut tertanggal sebelum di dlm dsb. atau tidak semasa saya melangkah utk menerima skrol di atas pentas. jika tapak kasut tertanggal semasa melangkah utk mengadap ydpa, agak2 apa seeloknya saya buat?

2 ulasan:

nur berkata...

La mcm tu plak jadinya. X pe,dh tau Ce Bad ni blh cool lg.
Bestnye dpt bunga. Suka.
Don't worry, UPK still ada gift 4 Ce Bad.
Cuma lambat skit. Lepas Nur balik dr bercuti.
Wishes card dh siap sebelum Nur bercuti.
"Anyway Bos, handsome picture kt tepi tu".
Nanti bg kt UPK 1, blh ye.

Tanpa Nama berkata...

congratulations abe yo! :-)