Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, November 14, 2010

Perompak/Peragut/Pencuri

kesemuanya di atas menyusahkan masyarakat. maka tanggungjawab kita utk membantu mengurangkan atau menghapuskan mereka ini. tahniah kpd pdrm yg berjaya menghapuskan 3perompak dlm berita hari ini.

seorang sepupu saya telah dirompak di depan rumahnya di seksyen 9 shah alam beberapa minggu yg lepas.beliau pulang ke rumah pada waktu tengahari kerana sesuatu hal. seelok sahaj beliau keluar drpd keretanya, datang 2orang menunggang sebuah motorsikal menghampirinya dan cuba meragut begnya. sepupu saya menjerit. dan peragut bertukar menjadi perompak. seorang drpdnya menumbuk muka sepupu saya dan mengambil begnya.

saya akan sentiasa berhati2 apabila melihat motorsikal yg mempunyai 2 penunggang. begitu juga jika saya lihat seolah2 ada kereta mengekori kereta saya. saya akan pusing2 dulu utk memstikan saya tidak diekori. saya juga was2 dgn penunggang2 motorsikal yg tidak gunakan laluan motorsikal. bg saya, mereka kemungkinan pesalah undang2. maka waspadalah semua. jika berasa was2, jangan terus balik ke rumah sendiri. mahu ke mana? sila rujuk kpd pdrm utk panduan.

Tiada ulasan: