Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, November 03, 2010

Sarjana

apakah itu sarjana? siapakah seorang sarjana? sarjana selalunya dikaitkan dgn ilmu.

dlm bahasa melayu kelayakan akademik peringkat sarjana ada 3. sarjana muda (bachelor degree), sarjana (masters degree) dan sarjana kedoktoran (doctorate degree). pada tahun 90an mempunyai sarjana muda adalah satu pencapaian yg tinggi. ianya membolehkan seseorang memegang jawatatan penolong pengarah (gred 41) di jabatan kerajaan.

tetapi di alaf ke 21 ni, kita lihat ramai yg menyambung pelajaran ke peringkat sarjana kerana setiap tahun amat ramai graduan peringkat sarjana muda. kalau dulu, cikgu2 cukup dgn diploma perguruan, sekarang minima perlu ada sarjana muda. dan yg nak mengajar kpd bakal2 cikgu perlu ada sarjana.

semasa nama itm dahulu, pensyarah cukup dgn ada sarjana muda. tetapi sekarang minima perlu ada sarjana. dan lebih baik lagi ada sarjana kedoktoran (phd). tahap kelayakan akademik sepatutnya mencerminkan tahap pengetahuan kita dlm bidang tersebut. dan sepatutnyalah di sebuah ipt, kita hanya mengajar mengikut kelayakan akademik kita. jika kita tiada kelayakan dlm bidang yg kita ajar kpd pelajar, ianya bermakna kita sebenarnya menipu pelajar, penaja, ibubapa dan bakal majikan pelajar.

Tiada ulasan: