Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, November 03, 2010

Menikmati Hidangan Istimewa Pahang


setiap kali saya ke taman negara, saya akan cuba singgah di bandar jerantut. saya ingin menikmati hidangan istimewa yg dikaitkan dgn negeri pahang.


alhamdulillah, kali ini saya dpt singgah dan makan di sebuah gerai di bandar jerantut yg amat dikenali dgn hidangan istimewa negeri pahang. kali pertama saya singgah di gerai ini pada tahun 2006, iaitu selepas perbincangan tidak formal utk menjadikan taman negara sumber ilmu utk uitm.

pada hari sabtu lepas, rancangan utk singgah makan tengahari di gerai mak anjang sebelum ke kuala tahan. tetapi sahabat saya menjemput kami ke rumah saudaranya utk menikmati hidangan yg sama. alhamdulillah, sedap. terima kasih kpd kulaan am. dan di kg pagi kami menikmati gulai asam tempoyak ikan lawang. sedap sebab panas2 lagi.

pada perjalanan kembali ke shah alam, kami singgah di gerai mak anjang. kami tiba dah lepas pukul 2ptg. lauk2 idaman kami dah habis. tapi mak anjang bersedia memasak lauk tambahan utk kami. alhamdulillah,dpt saya nikmati gulai patin asam tempoyak dan kuah gulai asam rong/rom. insyaallah, jika ada peluang, saya akan cuba menikmati gulai asam tempoyak, gulai asam rong, dan sambal belimbing hitam lagi.

Tiada ulasan: