Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, November 11, 2010

Bersama Pengarah Urusan Mydin

Petang tadi saya berpeluang mendengar MD mydin berkongsi perjalanan perniagaan mydin. acara adalah anjuran angkasa. saya wakil koperasi uitm.

banyak yg dikongsi oleh dato'hj ameer ali mydin. antaranya, kita mesti berfokus dlm kerja kita.jika pekerja kita tidak dpt menjalankan amanahnya atau banyak bagi alasan, minta maaf kpdnya. dan mintalah bantuan pekerja kita untuk memperbetulkan kesilapan kita. iaitu kesilapan menyangka pekerja kita boleh menjalankan tugas dgn berfokus dan amanah. maka bantuan yg boleh diberikan oleh pekerja kita adalah menghantar surat perletakan jawatan beliau kpd kita esok hari.

sebagai pemimpin kita bertanggungjawab kpd kejayaan organisasi. kita juga bertanggungjawab kpd kerugian organisasi. dan jika kita bukan puncanya, maka kita perlu kenalpasti dan hapuskan punca masalah kerugian organisasi. kita mesti ebrani bertindak utk kebaikan organisasi. jadi, jika ada pensyarah yg tiada ilmu atau latarbelakang dlm kursus yg diajar, maka sebagai pemimpin, kita mesti pastika pensyarah tersebut tidak menjadi pemantau, pensyarah sepenuh masa/pelawat/separuh masa, atau penyemak kertas jawapan yg beliau tiada ilmu formal.

kita kena fikir dan faham. kita tidak boleh kasihan tetapi mesti kasihkan orang lain dan diri kita. bersifat kasihan hanya akan menyusahkan kita, pelajar, organisasi dan pensyarah tersebut dlm jangka panjang.

Tiada ulasan: