Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, November 01, 2010

Kita dan Ego

kebiasaannya kita katakan ego sebagai sesuatu yg tidak baik. maka kali pertama belajar berkenaan ego dlm kaunseling boleh menyebabkan kita keliru. ego adalah antara intipati dlm terapi psikoanalitik oleh freud. dan freud bukannya adikberadik dgn adler. secara kebetulan, nama abang alfred adler adalah sigmud adler, bukannya sigmund freud.

kita mengatakan seseorang itu sbg ego jika dia sombong, tak sedar diri. tetapi dlm psikoanalitik, ego berkaitan dgn prinsip realiti dlm kehidupan. ianya bertentangan dgn prinsip id, yg hanya tahu memuaskan nafsu shj. ego adalah penghubung diri dgn persekitaran.

ego defence mechanism berkaitan dgn diri yg terasa terancam dgn persekitaran. akibat rasa terancam, kita ada 'anxiety'. utk mengimbangkan ego kita dgn perasaan tidak selesa akibat keadaan persekitaran/hubungan dgn manusia disekitar kita, maka kita akan laku satu atau beberapa drpd mekanisma pertahanan ego. ada edm ini yg bagus. ada edm yg tak bagus. ianya bergantung kpd ilmu yg kita ada.

antara edm yg salah adalah meniru dlm peperiksaan atau kerjakursus kerana takut kelemahan kita diketahui ramai. kononnya nak jaga namabaik kita. maaf ya, meniru semasa peperiksaan atau ujian atau menghantar tugasan atau kerja yg ditiru (plagiarisma) adalah tidak diajar oleh saya utk pelajar saya lakukan. tidak benarkan kita usia atau pangkat atau sebagainya digunakan sebagai alasan membolehkan kita meniru atau menipu atau tidak jujur.

Tiada ulasan: