Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, November 05, 2010

Menipu dan Mencuri

apa beza antara menipu dan mencuri? selain drpd ejaan? kedua2nya adalah melakukan sesuatu yg tidak baik utk kepentingan diri shj. dan tidak memikirkan kesan engatif kpd orang lain.

menipu dan mencuri juga berlaku dlm akademik. ianya dilakukan oleh pelajar dan juga staf. pelajar mungkin menipu melalui meniru semasa peperiksaan atau semasa melakukan tugasan/ujian/kuiz. semasa saya belajar di sebuah ipta, bukan uitm, beberapa pelajar yg juga merupakan guru berbincang semasa ujian. dan ianya disedari oleh profesor. kesannya, guru2 tersebut tidak dipercayai kejujuran mereka dlm pembelajaran di peringkat sarjana.

kerapkali kita menerima aduan drpd pelajar yg kerja2 mereka ditiru oleh pelajar lain. bukti yg pernah saya dapati adalah satu kumpulan pelajar menghantar jawapan yg sama yg salah. dan semasa peperiksaan kita juga ada menerima aduan drpd pelajar tentang ketidakpuasan pelajar2 lain yg meniru drpd peringkat diploma sehingga sarjana muda. mungkin mereka selama ini terlepas drpd ditangkap oleh sistem. tetapi sepandai2 tupai melompat, akhirnya ke tanah juga. insyaallah, mereka yg tidak jujur akan tertangkap juga.

ada juga saya dimaklumkan terdapat mereka yg menjadi pendidik tetapi sebenarnya mereka tidak layak. kerana mereka semasa belajar dahulu meniru utk lulus. dan ada yg jadi pensyarah masih lagi emniru. mereka lakukan plagiarisma.

Tiada ulasan: