Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Jun 16, 2013

Terpaksa ke Pusat Kesihatan

semasa solat maghrib tiba2 terasa panas di leher belakang. ada cubaan ke? solat diteruskan.

semasa berbual dgn mak de, sementara tunggu makan malam, badan terasa gatal. apa lagi, garulah. sedap menggaru tapi badan makin berbiji2. mak de pesan, 'jangan basuh'. tapi degil. saya ke bilik mandi dan mandi dgn sabun dan syampu. badan makin berbiji. jantung berdegup makin kencang. kepala berpinau2. setelah berbaring di katil, saya telefon dr mat. bagitau saya perlu ke klinik. badan tak sedap. dr mat, pemandu dan beberapa lagi sampai di bilik saya. saya bagitau tanda2 yg saya alami.

kami terus ke pusat kesihatan kuala tahan. mak de, pak de dan atan di kenderaan depan. saya, de mat dan pemandu di kenderaan kedua. sementara tunggu m.a, saya sempat muntah dua kali. lega rasanya. setelah m.a tiba, saya masuk ke bilik pemeriksaan. atan dan beberapa lagi ikut sama. setelah dibagitau bhw saya mungkin digigit ulat, dan melihat keadaan saya yg tidak serius, m.a memberi suntikan.

alhamdulillah. badan semakin kurang gatal, pernafasan kembali normal. pulse dan b.p. normal sebelum suntikan. keluar dari bilik pemeriksaan, saya lihat ramai rupanya yg risau dgn keadaan saya. selain dr mat, pemandu, atan, mak de, pak de, ada beberapa lagi anak2 pak de dan mak de. hampir sepuiluh orang menunggu saya di ruang menunggu. segan ada. rasa terima kasih kerana mereka prihatin terhadap kesihatan pun ada.

22 tahun ke taman negara, kecundang kpd seekor ulat. semasa terbaring di katil sebelum kawan2 sampai, saya terfikir 'adakah masa saya sudah sampai?'.

Tiada ulasan: