Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Jun 21, 2013

Tegur dan Terima

bukan mudah nak tegur orang lain. tegur di sini bermaksud mengingatkan. juga bermakna membetulkan.

kita pun biasa tak suka ditegur jika teguran menunjukkan kelemahan kita. kenapa? mungkin kerana rasa dimalukan. mungkin rasa diperkecil2kan. mungkin sebab rasa kita betul dan tak perlu ditegur. mungkin sebab kita dah ada kedudukan tertentu maka jangan jatuhkan kita dgn teguran.

bagaimana jiak berpandangan positif terhadap teguran diterima? tetapi adakalanya niat teguran adalah baik tetapi cara kita menegur mungkin penerima teguran rasa sebaliknya. saya banyak kali tahan drpd menegur orang. risau dikatakan macam2 kerana menegur. bagaimana nak tegur seseorang yg zip seluarnya terbuka? bagaimana nak tegur orang utk kebaikan beliau tanpa dia terkilan atau malu?

adakalanya saya akan terus tegur tanpa fikir panjang2. mungkin fikir utk kebaikan. mungkin sebab lurus bendul. dan kpd kawan2, jika utk baiki dan tolong kawan, kita perlu tegur kawan kita.

Tiada ulasan: