Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Jun 07, 2013

Excess Baggage

pagi tadi saya ditanya apa nak buat dgn 'excess baggage'. sebelum ke pejabat ayah bertanya kenapa kerajaan mempunyai ramai pekerja.

ianya berkaitan produktiviti. disektor kerajaan amat susah nak buang orang walaupun tak produktif. walaupun tak mahu beri kerjasama. walaupun tak boleh bekerja. walaupun dah tak tahu nak buat apa dgn mereka ini. jika mereka ini bijak dan sedar tentang rezeki yg halal dan berkat, mereka akan sama ada meningkatkan produktiviti, bekerja, atau tinggalkan organisasi supaya memberi peluang kepada yg ingin bekerja, yg produktif dan yg menguntungkan organisasi.

jadi ketua dlm orgnisasi bukan tugas mudah. perlu ada ilmu. dengar dan percaya kpd yg terbukti bercakap benar, jujur, ikhlas dan amanah. bukan mendengar kpd yg pandai berkata2 tapi isi kosong. ramai telah maklumkan tentang mereka yg tertentu yg cakap pandai tapi habuk takdak. perabih kan beras shj. maaf, mereka sebegini saya rasa tak layak diberi muka atau mata.

Tiada ulasan: