budaya kita suka memulakan tuturkata dgn berkata maaf. dan adakalanya kita akhiri perbualan atau tulisan dgn perkataan maaf di ayat terakhir. maaf mungkin meminta maaf atau memberi maaf.
ada bagusnya. ada tak bagusnya. orang bangsa atau negara lain pernah bertanya kpd seorang kenalan kenapa perlu minta maaf jika tiada buat salah. adakalanya menyatakan maaf seolah2 menyatakan kita melakukan salah atau silap walau sebenarnya kita tidak salah atau silap.
ada pula berkata jika kita maafkan pihak lain walau kita tak salah adalah menunjukkan kematangan kita. tapi ada yg berkata jangan asyik suka minta maaf atau memaafkan kerana kita mungkin akan diambil kesempatan oleh pihak lain. syawal adalah masa kebiasaan kita bermaaf-maafan. semoga tutur atau tulisan maaf tidak kira masa adalah ikhlas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan