Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Jun 29, 2013

Keluarga dan Kawan di Jamuan

tadi saya ke rumah seorang makcik. ianya majlis sempena sebelum ramadan. saya mohon maaf tak dapat hadir ke jemputan lain.

maklumlah apabila di majlis keluarga, masa bersama keluarga kejap aje terasa walaupun sebenarnya berjam2. ianya ada kaitan dgn masa kita di masa2 lain dimana kita biasanya susah nak jumpa keluarga kerana kerja dan lain2. maka apabila ada peluang sekali-sekala, peluang digunakan semaksima utk bertanya khabar, bercerita terkini dll.

jamuan keraian digunakan utk berkongsi khabar gembira. dan majlis turut berasa seronok apabila ada kawan lama turut serta. seorang kawan lama dan baik makcik saya yg juga bos saya turut hadir bersama suaminya. maka apabila beliau berjumpa dgn ahli keluarga kami yg lain, terasa masa seumpama masa belajar di tahun 80an.

terima kasih kpd tuan rumah. terima kasih kpd semua yg hadir. insyaallah kita bertemu lagi di lain kali.

Tiada ulasan: