Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Oktober 02, 2011

3 Piece Suit & Blazer

minggu lepas selepas seminar berkaitan keusahawanan dan makan tengahari, saya tempah sepasang pakaian 3piece suit. ia mengandungi sehelai blaze/kot, vest dan sepasang seluar. ianya berwarna hitam. ianya utk membantu saya semasa bertugas mewakili uitm.

tukang jahit atau ikut bahasa kelate 'taler' bgtau saya tempahan saya akan siap pada hari rabu. ianya setelah siap di'alter' utk sesuai dgn badan saya. saya memilih kot yg tidak berbentuk 'bodyfit'. sy bgtau kpd taler, saya perlukan ruang di pinggang saya dan di sekitar dada saya. tanya taler kpd saya 'encik kerja apa?'. beliau mungkin biasa mendapat tempahan utk kot mempunyai ruang tambahan di sekitar pinggang dan dada serta ketiak. sy bgtau ianya bertujuan utk memuatkan telefon dan kamera saya.

alhamdulillah tghari tadi setelah makan tengahari, selepas program kemahiran insaniah, saya ke kedai taler. semasa hendak buat bayaran, saya beli sehelai blazer hitam juga. ianya utk digunakan jika saya tidak ingin pakai suit. dan ruang dada dan pinggang besar sikit. komen seorang adik saya 'besar baju'.

Tiada ulasan: