Bermula dgn minggu terakhir peperiksaan sehingga sekarang, hampir tiap2 minggu saya di luar stesen. Bukan utk suka2 tetapi kerana tugas utk uitm. pada 8-11 jun (hari ini) saya berada di pangkor.
Urusan tugas membina silibus mengikut obe utk kaunseling rakan sebaya. saya dan hajah noriza, seorang drpd jurulatih yg melatih kaunseling kpd saya pd tahun 80an, dipilih utk krs. terima kasih kpd pm zul, ketua pusat ko uitm dan en abd rahman, ar pusat ko kerana sudi menjemput kami.
alhamdulillah,kami berjaya siapkan sebagaimana target disasarkan.pada bulan julai kami akan berkursus lagi berkaitan penilaian pula. tugas utk uitm bukan hanya di bilik kuliah sahaja.
saya seronok juga krn bertemu seorang sahabat lama yg bercuti bersama keluarganya di pangkor. saya mula mengenalinya pada 1987, kali pertama saya berkenalan dgn kaunseling. begitu cepat masa berlalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan