Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Jun 22, 2010

Kemasukan ke IPTA

Dalam masa terdekat ini, ramai akan membuat rayuan utk melanjutkan pengajian di ipta. UiT tidak terkecuali drpd rayuan utk dipertimbangkan tempat di uitm dan juga pertukaran tempat (kampus) yg ditawarkan.

Para staf uitm akan dicari oleh saudara dan sahabat utk membantu. saya tidak terkecuali. terima kasih kerana merasakan saya boleh membantu. insyaallah, saya akan cuba sedaya yg boleh. cuma, jika berjaya atau sebaliknya, janganlah persaudaraan atau persahabatan akan menghilang semula sehingga timbul keperluan sebagai saudara atau sahabat.

tinggi harapan calon, tinggi lagi harapan kedua ibu bapa utk anak2 mendapat tempat di uitm. kriteria yg saya lihat adalah kelayakan minima, kemampuan keluarga dan adakah ahli keluarga pernah atau sedang belajar di ipta. mungkin boleh dikatakan saya seorang yg memilih. memilih utk mengubah destini keluarga melalui ilmu drpd peringkat pengajian tinggi.

semasa uitm tiada u di hadapan, hanya itm shj, tidak ramai yg ingin memasuki itm. apabila itm menjadi uitm, bukan shj ramai yg ingin menjadi pelajar, bahkan ingin menjadi stafnya. sama ada sebagai pelajar atau staf, ingatlah bhw kita bertanggungjawab menggunakan peluaang berada di uitm utk memajukan agama dan bangsa kita. lakukanlah dgn penuh jujur, ikhlas dan amanah.

1 ulasan:

olie_8 berkata...

salam sir..sy bersyukur kerana dpt dan masih lg di UiTM...UiTM di hatiku..=)