Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Jun 01, 2010

TKU 2010 (4)

Hari ke4 di sabah,kami di smk nabawan 2. setelah solat subuh jam 5.30pagi, saya tidur semula. Bangun pukul 7.17pagi. Hari ni tak stres seperti 3hari terdahulu. program bermula jam 8.30pagi, hanya 100m dari bilik asrama (termasuk turun tangga dari tingkat 3).

Sarapan pagi bersama pengetua dan penolong hem. maklumlah, saya ketua delegasi. program bermula spt di kedua2 sekolah sebelum ni. cuma bezanya program di smk nabawan 2 bermula drpd jam 8.30mlm semalam lagi dan berakhir pada jam 4ptg hari ini, selama 8jam berbanding hanya 4jam di maktab sabah dan smk keningau.

oleh kerana progrm bersama pelajar telah bermula semalam lagi, maka rapport telah pun ada dgn para pelajar apabila progrm dimulakan jam 8.30pagi ini. sesi LDK kami cuba adakan yg berbeza dgn di setiap sekolah.

petangnya kami lawan bola dgn pelajar smk nabawan 2. kami beli seorang cikgu dan striker sekolah. kami ketinggalan 2-4 apabila permainan terpaksa dihentikan kerana hujan. kami bermain tanpa memakai kasut. saya hanya menyentuh bola sebanyak 3 kali shj. rupa2nya setelah saya balik ke bilik, permainan diteruskan tetapi di padang kecil.

Tiada ulasan: