Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Jun 29, 2010

Bersedialah..

pesan seorang pakcik yg ke rumah malam tadi, ingatlah akan mati. lakukanlah solat. buatlah yg sunat seberapa banyak yg mampu. tutuplah rambut semasa solat. ianya akan mengelak solat terbatal kerana rambut menutup dahi tempat kita sujud. jika mampu, singgah bersolat di masjid semasa dlm musafir.

beliau juga berpesan supaya membaca ayat kursy. sebagai pendinding diri, keluarga dan harta. ada yg mengatakan bacalah ayat kursy setiap kali selepas solat. pesan pakcik lagi, bacalah ayat kursy semasa bermusafir. makhluk Allah ada di merata tempat.

semasa saya bermusafir, saya cuba amalkan membaca ayat kursy dalam perjalanan ke tempat yg dituju dan semasa di tempat yg dituju. pernah semasa saya berada dipondok penginapan, setelah saya membaca ayat kursy, saya perlu keluar daripada ruang tidur saya. sebaik shj saya melangkah keluar, bulu roma saya berdiri. saya pun membuat keputusan kembali ke dlm ruang tidur.

saya cuba membaca ayat kursy setiap hari. saya berdoa agar sentiasa mendapat perlindungan Allah drpd niat dan angkara buruk serta kezaliman makhluk2Nya terhadap saya. Hanya kpd Allah saya sembah, dan hanya kpd Allah saya mohon pertolongan.

Tiada ulasan: