Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Disember 02, 2012

Silap Orang

saya tidak mudah nak ingat nama orang. kenapa? saya tak tahu. tetapi ada benda yg saya ingat seolah2 spt terpahat di ingatan saya.

baru2 ni saya terserempak dgn seorang kenalan. kebiasaan jika saya rasa saya kenal seseorang itu saya akan tegur beliau. acapkali saya tersilap orang. kenalan saya baru2 ini menegur saya semasa beliau sedang menikmati makan malam. saya cam mukanya. tapi tak ingat nama. bila teringat nama yg boleh dikaitkan dgn rupa kenalan tersebut, saya keliru, sebab susuk tubuhnya - lengannya dah tak berurat-urat. aik, apa sudah jadi.

semasa nak meninggalkan kenalan tersebut, saya sebut nama yg saya andaikan nama beliau. oops. silap oranglah. sebab apabila dia menyebut nama glamour saya, saya tahu saya sudah tersilap orang. sori ya. maklumlah, tak lama lagi dah nak separuh abad usia saya.

ramai orang menggunakan peluang utk mempergunakan orang lain. mereka akan mengenakan orang lain, iaitu kesalahan yg mereka lakukan dialihkan kpd orang lain. saya hampir terkena. alhamdulillah, ilmu yg ada sangatlah penting sbg pendinding. jadi pesan saya kpd mereka ini, mereka dah silap orang nak diperkenakan oleh mereka. dan baru2 ini saya dimaklumkan makin banyak tembelang mereka ini dah pecah. pihak yg berwajib sedang mengumpulkan bukti. beberapa agensi kerajaan sedang menyediakan pertuduhan terhadap mereka ini. dulu mungkin terlepas sebab mungkin tiada yg berani dan berilmu. insyaallah, balasan seadilnya akan tiba. semoga selamat berada di dalam bangunan yg diberi makan, tempat tidur dgn ikhsan kerana keadilan.

Tiada ulasan: