Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Disember 31, 2012

Tahun Baru..Lagi..Masa Terus Berlalu

kalau ikut masa dlm islam, masuk waktu maghrib maka masuklah hari yg baru. maka masuk aje maghrib tadi kira dah masuklah kita ke tahun baru 2013. kita sambut dgn solat.

tapi kalau ikut waktu kiraan bukan islam, hari baru bermula selepas 12tgh mlm. maka ikut waktu malaysia kita akan sambut tahun baru hanya beberapa jam shj lagi. sambutan biasanya dgn nyanyian, mercun dan pelbagai lagi. jarang kita tengok ditunjukkan sambutan tahun baru gregorian dgn dimulakan dgn doa.

tapi kalau ikut waktu asal, semenanjung tanah melayu akan sambut tahun baru sejam kemudian. jika kita ikut waktu asal yg sama dgn waktu bangkok, jakarta, vientiane dll. hmm..knp waktu malaysia tak ikut waktu asal ibunegara iaitu sejam kemudian drpd waktu sekarang.

Maka mungkin kita lebih bertenaga mulakan kerja dan tamatkan kerja? bayangkan jika kita mula masuk ofis 7.00pagi (8.00pagi sekarang) dan tamat waktu pejabat 4ptg (5ptg sekrg). adakah lebih positif secara psikologi, fisiologi dll? maklumlah kita sesuaikan kembali kpd fitrah asal kita.

Salam tahun baru kpd semua. maaf jika menyebabkan anda tidak selesa secara sengaja atau tidak sengaja. semoga kita sentiasa mendapat rahmat allah - dunia dan akhirat. syukur kepada Allah yang masih memberi peluang utk kita lakukan persediaan utk bekalan ke akhirat.

Tiada ulasan: