Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Disember 28, 2012

Pandai atau Rajin

tadi saya ditanya seorang kawan perbezaan antara seorang pelajar yg pandai dgn yg rajin. juga bagaimana saya menilai mereka drpd segi pemarkahan.

pandai bg sy dia tahu jawab apa yg disoal. rajin pula akan kerap berusaha utk tingkatkan pengetahuan sama ada dgn mebuat lebih banyak persediaan, bacaan, ulangkaji, berjumpa dgn pensyarah. maka ada pelajar yg pandai tetapi tak rajin-sekali baca dah faham. ada pelajar yg rajin tapi kurang pandai-kena berulang2 kali membaca dan bertanya utk faham. ada pelajar yg tak pandai dan tak rajin - rugi masa dan duit aje. dan yg terbaik pandai dan rajin - pelajar 1st class, selalu dpt anugerah dekan pada setiap sem, buat lebih drpd minima yg diminta.

kebetulan saya dpt contoh dgn pelajar srw saya pada sem ini. yg pandai akan jumpa beberapa kali ikut minima yg saya tetapkan dan hantar tesis pada masanya dgn kandungan cukup utk lulus sehingga gred tertinggi. yg rajin akan berjumpa berulang2kali utk markah minima atau semaksima yg mampu. yg tak pan dan tak rajin - bodoh sombong, taknak jumpa, tak hantar tesis. pandai dan rajin - sedar kekangan yg ada akan berusaha sebaik mungkin sehingga masa terakhir termampu utk markah maksima. dan yg rajin dan pandai akan mendapat pujian semaksima drpd pensyarah.

siapakah anda? anda sendiri tahu.

Tiada ulasan: