Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, November 26, 2012

Siapa Berani?

ini mungkin yg diucap mereka yg berkuasa di dunia kpd umum. iye..siapa berani bangun dan lawan kesalahan yg telah dan sedang dilakukan oleh mereka yg bergelar dan berpangkat? ianya seolah2 satu cabaran. satu sindiran.

tetapi bagi kita yg tahu bhw yg maha berkuasa hanyalah satu..tiada yg sebenarnya berkuasa kecuali Yang Maha Berkuasa. tiada yg berlaku kecuali dgn izinnya. masa yg diberi mungkin utk yg buat salah kembali ke pangkal jalan. mungkin jika ada ilmu. mungkin jika ada kesedaran. mungkin jika ada keinsafan.

tetapi manusia mudah lupa. apabila senang, kita lupa kepada amanah kita. apabila berkuasa kita lupa kepada amanah kita. maka kita berani terus melakukan pecah amanah. makan suap. jual perlawanan. jual harta amanah. dsbnya. dan kita lupa kpd Yang Maha Berkuasa.

jadi..siapa berani? kita. kita berani. sebab kita tidak takut kepada makhluk ciptaan Allah. berani kerana benar adalah amanah. Hanya Allah yang kita sembah, dan hanya Allah yg kita mohon pertolongan.

Tiada ulasan: